BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 12, 2009

Renungkanlah....

Pada satu keheningan malam, sayup-sayup hidupan malam mengiringi kedinginan alam…Aku bagaikan tersentak seketika pabila akal ku memutarkan suatu kotak filem pemikiran, meneliti suatu kejadian, yang cuba dipetermahkan kepada jiwa yang sunyi…terdetik mata hati ini untuk mencoret apa yang dipinta akal bagi memberi gambaran tentang apa yang cuba dihayati naluri…aku bukanlah pandai bermain kata seperti si pujangga yang madahnya tajam berbisa tetapi penuh makna…hendak dikata pula bak pendeta…jauh panggang dari api..jika difahami aku hanyalah seorang yang pandai memutar kata mengbias kiasan madah secantik yang aku sangka…

Bukan hati ingin berceloteh tidak bermata....dalam coretan ini aku sekadar ingin berkongsi suatu kisah kehidupan seorang insan, yang cukup aku kenali…dari hingusan hingga sekarang…insan yang cukup sempurna bagi gelaran seseorang manusia itu sehinggakan dia sendiri pernah merasakan kenikmatan yang berpaut pada dirinya..tetapi segala yang ada pada kita bukanlah yang hakiki…malah apa yang ada didunia ini sekadar pinjaman semata…susah untuk aku mulakan coretan ini…untuk aku selongkar segala cerita yang ada padaku tentang dirinya…tujuan aku bukan untuk menjatuhkan atau mengaibkan dia tetapi hanya dengan niat untuk memberitahu sesuatu yang kadang-kala setiap di antara kita ini acapkali terlupa…tiada yang kekal melainkan Dia Yang Maha Sempurna…Tiada yang hakiki melainkan Dia Yang Maha Memiliki…

Dalam kisah seorang insan yang di amanah Allah untuk mentadbir serta mengurus segala kurniaan di muka bumi ini..Dia yang sengaja aku selindungkan identitinya walaupun mampu diberi nama gelaran, mungkin tidak bagiku menggelarkan dia pada apa nama sekalipun. Insan ini cukup sempurna fizikalnya, hatinya, akalnya dan tutur bicaranya..bersyukur kerana Allah menjadikan dia sebaik-baik kejadian di muka bumi..
Sepanjang aku mengenalinya, dia sebenarnya cuba melakukan sesuatu yang baik untuk hidupnya…dan salah satu cara bijak yang dia putuskan adalah memilih untuk menjadi hamba yang taat pada segala perintah dan larangan Allah serta umat yang cukup patuh pada ajaran dan sunnah Muhammad Al-Amin…Sungguh dia ingin jadi seperti itu..aku bangga melihat semangatnya yang kadang-kala cuba menjadi contoh kepada saudara lain..

Kalau ingin dilihat pada kehidupannya, dia bukanlah berasal daripada golongan bangsawan mahupun hartawan…dia hidup berserderhana…seperti aku…ayahnya hanyalah seorang pekerja kerajaan dan ibunya seperti ibuku, suri rumah sepenuh masa…tetapi dia mendapat pendidikan yang cukup dari kecil hingga kini…dia seorang yang memiliki didikan agama yang sempurna dari usianya 7 tahun..pada waktu itu aku sedar dia mahukan sesuatu yang smpurna sepanjang perjalanan hidupnya…Dia bukanlah seorang yang petah berbicara..tidak pula aku lihat dia sebagai seorang yang lantang membangkang kata-kata orang lain, dia hanya diam selagi suatu perkara dia memerlukan dia perlu bersuara, baru dia bersuara…dan satu keistimewaan bagiku yang ada padanya ialah..dia cukup murah dengan senyuman…sehinggakan ada orang dan sahabat-sahabat yang apabila terserempak atau bertemu dengannya mengatakan “tiap kali aku jumpa dia, asyik tersenyum je…tak pernah tak senyum..” bayangkanlah betapa dia cukup disenangi orang lain sehingga kadang-kala aku sedar dia tidak sengaja berbuat begitu…Pernah aku bertanya padanya..tetapi satu jawapan yang aku terima daripadanya ialah “aku sendiri tak sedar yang aku selalu tersenyum tak kira pada siapa sedangkan ia bukan satu paksaan tetapi suatu yang lahir daripada hati aku yang aku tak sengaja lakukan..” aku sendiri tersentak tetapi aku tahu dia mungkin lain dari orang lain..kelainan dia bukanlah membawa maksud yang dia berbeza dengan aku, tetapi jiwanya…hatinya…yang mungkin lain daripada mereka yang lain…aku dapat lihat saban hari dia cuba mencari sesuatu yang indah yang dia ingin lihat dalam hidupnya…dia mengajar dirinya bersabar dan dia berjaya…dia mendidik hatinya supaya kejar sesuatu yang baik..dan segalanya dia cuba dapatkan yang terbaik untuknya…mungkin disebabkan usahanya itu, perubahannya yang berperingkat..banyak mata yang memerhati..Aku masih ingat, sewaktu dia berada di tingkatan 3..peribadinya bagaikan dibina perlahan-lahan..kematangannya turut dianjak selangkah demi selangkah…semua orang cukup senang dengannya tidak kira kawan, guru-guru, pengawal keselamatan, tukang pembersih sekolah, kakitangan pejabat dan sesiapa sahaja…aku sendiri cukup senang dengannya..semua orang mengenalinya..sehinggakan dia dipilih untuk menjadi pemimpin sekolah…Tidak perlu disebutlah apa jawatan yang tidak pernah dipegang..kepercayaan diberi padanya..pada ketika inilah dia dilatih seorang guru bahasa untuk petah berbicara iaitu melalui perbahasan..mungkin guru tersebut dapat lihat sesuatu bakat padanya atau mungkin kerana caranya..tetapi apa yang pasti, segalanya telah tercatit pada kalam kehidupannya, dan Allah telah tentukan yang terbaik untuknya..Allah atur segala yang ada…Subhanallah…

Dia sebenarnya tidaklah lembut atau orang kata ‘girly’..mungkin..dia aku boleh katakan sebagai seorang yang biasa, seorang yang tegas…berpendirian..atau pada bahasa lain seorang yang slumber..tapi seorang di antara kita pun tidak tahu jiwanya..Dari segi luarannya dapat dilihat dia seperti aku..apa yang orang buat dia buat..orang bersuka dia juga bergembira…Tetapi dia cukup jaga tutur kata bibirnya dengan naluri kecilnya…Dapatkah dibayangkan seorang insan yang aku kenal dimana tidak jauh beza perilaku dengan orang lain..turut mengikut rentak jiwa remajanya..rupa-rupanya tiap malamnya dipenuhi dengan hiasan indah…Kalimah-kalimah agung sentiasa bertakhta dibibirnya..Kalam Tuhan yang suci tidak lepas ditangannya sambil dialun syahdu penuh istiqamah…Aku umpama manusia yang terhenti nadiku memikirkan apa yang dia buat…bukan kerana pelik tetapi teruja, kagum, tersentak..dan bermacam perasaan yang berlegar diruang pemikiran aku…hati ini bagai bedegup dan berdetak…Allahuakbar..Dia cukup meneliti jalan kebahagiaan yang dia impikan...Tiap malam sahabat…Tubuhnya dibasahi wudhuk..Dikala aku lena dibuai mimpi..manusia asyik melayan kenikmatan tidur..dia satu-satunya hamba Allah yang bangkit diantara ahli keluarganya menghamparkan diri pada Tuhannya…Tahajjud baginya seakan-akan suatu yang rutin..sambil diiringi Hajjat dan Wittir…Alunan kalimah Tuhanku bermain dibibirnya…Agungnya Engkau Ya Allah!!Mendengar rintihan hambaMu yang sentiasa mencariMu…walaupun kadang-kala dia tahu dia tidak mampu mengerti masa kehadiran cinta dan kasihMu padanya…Dia tidak pernah kalah dengan nafsunya..namaMu sentiasa dalam hatinya Ya Allah…KekasihMu sentiasa jadi rinduannya Ya Allah…Menitis air mata aku melihat apa yang dia korbankan…Dia korbankan tidurnya demi menghitung dosa yang menggunung…dia korbankan rehatnya demi menghampar diri kepada Allah..dia rela korbankan masa mimpinya demi menangis, merintih, serta mengharap keampunan daripada Allah Taala…Jikalau aku, dan jikalau mereka yang lain..aku dapat rasakan sukarnya memaksa hati dan jasad yang jahil ini menghitung setiap nadi untuk berbicara dengan Allah sepertimana dia lakukan…

Astaghfirullah…Agungnya kuasa Tuhanku…menggerakkan hati dan naluri manusia itu..Buat pengetahuan sahabat..Dia dipilih Allah untuk menerima hidayah yang diimpi setiap manusia yang beriman seawall usianya 16 tahun…Bagiku ia terlalu muda..Seawal usianya ini dia mampu memikirkan setiap kejadian Allah, keagunganNya, dan kenikmatan yang diberi pada setiap hambaNya..pada usianya sebegini dia mampu mengimbangi dunia dan akhirat..ketika usianya yang muda ini dia mampu mendidik dirinya amar makruf nahi mungkar…sedangkan bagiku, pada usia seawalnya apa yang difikirkan, apa yang diimpikan adalah kebebasan dan keseronokan…aku kagum dengannya…dia melayan sikap dan rentak remajanya dengan sempurna…aku percaya dia juga memiliki keinginan dan naluri remaja seperti aku…tetapi dia sememangnya menjaga setiap apa yang ada padanya…Usahanya tidak pernah padam..tiap malamnya tidak pernah gelap dengan hiasan indah..sehinggakan dia mampu menghafal beberapa surah dari Al-Quran tanpa dia sengaja apabila kebiasaannya membaca surah-surah tersebut…Antaranya surah Al-Mulk, Ad-Dukhan, Khafi, dan satu-satunya nadi Al-Quran iaitu Yassin…Tanyalah dia berkenaan potongan ayat yang dia amalkan…Subhanallah…dia benar-benar mengejar niatnya…Pernah aku mengetahui juga…dia cuba menghafaz Al-Quran..dan dia hanya mengikut kemampuannya dengan berjaya menghafaz surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 13..tidak silap aku…Dia turur mengamati kisah-kisah nabi…pernah dia menitiskan air mata semasa menghayati perjalanan Muhammad Al-Amin..satu-satunya kekasih hati sepanjang hayat…segalanya tentang Islam…dia akan cuba selami walau sesukar mana pun…aku terdiam melihatnya..Bahasa syurga dia cuba pelajari semula..kuatnya Ya Allah hati hambaMu ini…segan aku meneliti usahanya..untuk pengtahuan kamu juga, dia pelajari segalanya bukan daripada bacaan semata-mata, bukan jua daripada kajian yang melampau..tetapi cukup daripada tafsiran Kalam Allah, nyanyian nasyid dan sumber inspirasinya..siaran radio IKIM..ini cukup memberi ilmu dan kesedaran padanya…nampak macam kelakar tetapi inila hakikat…selagi mana jiwanya kuat mahukan apa yang dia niat..selagi itu dia tidak putus harapan..Dan salah satu yang menjadikan dia kuat untuk menemui keindahan yang dia impikan ialah..kerana seorang insan yang cukup dia senangi..dan dijadikan insan itu sebagai tunggak dan contoh padanya..Aku tidak nafikan bahawa insan yang telah menguatkan lagi niatnya itu sememangnya seorang yang berpegang teguh pada perintah dan larangan Allah..dan peribadi insan inilah yang menjadi contoh padanya untuk diikuti..secara tidak sengaja dan tanpa pengetahuan insan itu..walaupun dia bukan terdiri daripada keluarga yang alim…dan keluarganya sebenarnya amat sederhana pengetahuannya dalam soal agama..tetapi itu bukan dijadikan alas an bagi dia untuk terus berdiam mengikut jejak langkah sekelilingnya…aku kagum melihat dia mampu bangkit sendiri dan berdiri di atas kaki sendiri berbekalkan ilmu yang dia ada serta kekuatan dari Allah untuknya terus berjalan menuju kehidupan yang diimpi…Ya Allah…

Allah telah memberi amaran…iblis akan menyesatkan anak-anak Adam hingga ke hari akhirat…dalam kesempurnaan hidup yang manusia kecapi..adakalanya terlupa segala apa yang dimulai dahulu…Allah tidak pernah berbohong!Aku sedih dan menangis kerana dia…dia bukan dia yang aku kenal dahulu..Ya Allah…sukarnya aku untuk memperjelas apa yang aku ketahui ini…dia bertahan sebagai dia hingga usianya cecah 18 tahun..aku tidak mengerti apa yang berlaku dan aku tersentak kembali seperti dahulu tetapi kali ini bagaikan mati jiwa mengetahuinya…sahabat…sebagaimana yang aku tekankan sebelum ini..pada seorang manusia itu, tiada yang hakiki hanya Allah sahaja Tuhan Yang Maha Memiliki…dia berubah sahabat…berubah kepada remaja yang sebenar-benar remaja..maksud aku remaja yang inginkan kebebasan dan keseronokan…aku tidak pasti sama ada di dalam hatinya itu masih terdetik jiwanya yang dahulu inginkan keindahan yang di niatkan atau hilang entah ke mana…Astaghfirullah!tersentak aku Ya Allah..mengapa sehingga begini jadinya, hambaMu yang dahulu tidak putus memcari cintaMu kini…….subhanallah…bantulah dia Ya Allah kembali ke jalanMu..jalan yang pernah Engkau sediakan untuknya dan yang pernah dia lalui dalam rintihannya mencariMu Ya Allah…aku buntu memikirkan asbab dia memilih jalan mudah dengan meninggalkan segala kesusahan yang dia mulai dahulu…tetapi yang pasti..segalanya mungkin kerana pengaruh persekitaran..dan jiwanya yang masih rapuh dengan iman..aku sudah tidak kedengaran lagi tangisannya menghempas dosa..aku sudah tidak kelihatan lagi Tahajjudnya yang menerangi tiap malam yang dahulunya indah…aku tidak kedengaran lagi Ya Allah…kalimahMu beralun pada malam manusia lena dengan buaian mimpi…Ya Allah…apakah ini balasan baginya terhadap sesuatu yang dia pernah lakukan?atau sekadar dugaanMu menguji keimanannya?atau janji iblis berjaya dimahkotakan?...aku sendiri tertanya-tanya apatah lagi dia…dia bagaikan hilang panduan..hilang dirinya dahulu..hilang kompas yang seharusnya dia ikut..aku tak faham mengapa dia bersikap sedemikian…apa silapnya?hingga dia tergelincir dari landasannya?kenapa Ya Allah…aku berlindung padaMu dari kejahatan diriku sendiri…di mana dia yang dahulu cukup mengejar cintaMu…??di mana dia yang taat pada perintah dan laranganMu..??Engkau pimpinlah dia semula Ya Allah!!

Aku ibarat sudah terhenti berbicara...hati ini tidak mampu lagi untuk membicarakan apa sahaja…aku melihat dia seakan-akan mencari semula dia yang dahulu…dan aku harap memang dia ingin mencarinya…aku bukanlah pandai mentafsir isi hati orang…tetapi aku yakin..sekali telah tertumpah dalam hatinya hidayah Allah..pasti dia akan cari semula dirinya pabila dia tergelincir daripada landasan Allah…tetapi…kepayahan yang berganda pasti menyelubungi…kerana dia pernah memiliki nikmat..untuk memilikinya semula usaha yang berganda pasti tercurah..aku harap dia mampu bangkit semula sepertimana dahulu dia berdiri di atas kakinya sendiri mencari kebahagiaan…Allah Maha Mendengar…Aku tahu Allah mendengar rintihan hatinya…Cuma Allah sengaja sulitkan lorong untuk melihat kekuatan dia meredah onak duri perjalanan menuju kebahagiaan…bukan mudah sahabat…hidup tidak semudah yang kita jangkakan..indah khabar dari rupa sahabat…aku bagaikan mampu merasai kesulitannya kini…aku cuba meletakkan diriku padanya..MasyaAllah…( alangkah hinanya aku, setelah diberi hidayah oleh Tuhanku…dan dipilih Allah bahawa aku penerimanya..jahilnya aku,bodohnya aku, semudah itu aku perlahan-lahan berpaling memilih dunia dari akhirat..!Kenapa dengan aku ini!?malunya aku Ya Allah….) mungkin inilah rintihan dia..jika aku sendiri boleh berkata sedemikian..apatah lagi dia…dia tidaklah berubah secara drastik…perubahanny Cuma berlaku ke atas jiwanya, nalurinya…dan kadang-kala ia mempengaruhi peribadinya…aku dapat rasakan tiap kesalahan yang dia lakukan..dia akan terdiam selepas itu..dan ketika itu pasti terdetik dalam hatinya.. “kenapa dengan aku ni??apa aku buat ni??Ya Allah ini bukan aku!..” aku percaya ini yang akan diperkatakan kepada hatinya...Dia terdiam seakan-akan teringat sesuatu yang hilang dari dirinya..dan ia muncul secara tiba-tiba dari sudut kecil hati yang sedang bercelaru...Dia gemar berbicara dengan hatinya..kadang-kala aku lihat dia terdiam..umpama jasad yang sedang bercakap dengan hati dan jiwanya...bagaikan sesi soal jawab..tetapi antara dia dan hatinya sahaja yang tahu apa yang dipersoalkan...sehari-hari aku mengenalinya..aku boleh baca sikapnya, reaksinya...dan kini aku lihat dia cuba bertatih semula seperti dahulu...memulai semula sesuatu yang pernah terpadam...tetapi tatihnya masih belum sempurna...permulaan langkahnya dia terjatuh, dia bangkit semula dan bertatih kemudian terjatuh...bangkit lagi dan terjatuh semula...Ya Allah bantulah dia Ya Allah...pimpinla dia semula..supaya tatihnya tidak akan terjatuh lagi...dan dapat dia berlari mengejar cinta yang pernah dia buru dahulu...aku turut mendoakan dia akan capai kebahagiaan dia...aku inginkan dia yang dahulu...dia yang selalu menangis kerana memikirkan dosa..dia yang aku lihat selalu melihat serta mengagunggkan kebesaran Allah...dia yang menghamparkan diri menghadap Tuhan memohon keampunan kala manusia dibuai mimpi...aku rindukan suaranya mengalunkan Kalamullah...Subhanallah...aku rindukan bisikan hatinya yang dipenuhi dengan nama Allah...dan...aku rindukan dia menyebut rinduku hanya pada kekasih Allah....

Satu perkara yang dia sebut padaku dan ia sangat mendalam.....
”Apa yang berlaku pada aku...benar-benar mengingatkan aku...sejahil-jahil manusia itu mampu menjadi sebaik-baik manusia..dan sebaik-baik manusia itu juga sebenarnya mampu menjadi sejahil-jahil manusia...”

Aku tak minta apa-apa...sekadar minta sahabat hayati kisah ini...yang baik di jadikan tauladan...yang buruk dijadikan sempadan...ingatlah, apa yang kita ada takkan kekal untuk dimiliki...selagi sempat untuk berpaut dimana-mana, usahakanlah sebelum hanyut dibawa arus bahaya...

Renungkanlah....dan doakan ’dia’ supaya dipimpin Allah semula....