BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, August 22, 2009

Rentetan Peristiwa Ramadhan

1 Ramadhan 114 Hijrah
- Kemenangan islam dalam perang 'Balathi Syuhada' di bawah pimpinan Abdul Rahman
Al Ghafin.
2 Ramadhan 82 Hijrah
- Kemenangan islam ke atas pendita wanita barbar.Pembukaan Maghribi Tengah.
3 Ramadhan 9 Hijrah
- Rasulullah menerima utusan dari Bani Thaqif.Abu Sufian dan Mughirah diberi tugas
menghancurkan berhala kaum musyrikin.
4Ramadhan 1 Hijrah
- Permulaan panji putih yang dijulang oleh Penghulu Syuhada Saidina Hamzah R.A.
5 Ramadhan 5 Hijrah
- Persiapan tentera islam menghadapi peperangan Ahzab.
7 Ramadhan 89 Hijrah
- Kemenangan islam di negara Sindi,rajanya bernama Dahir dibawah pimpinan Muhammad bin
Al Qosim Al Thaqafi.
8 Ramadhan 2 Hijrah
- Rasulullah keluar untuk menghadapi kaum quraisy dalam perang Badar Al Kubra.
9 Ramadhan 10 Hijrah
- Kabilah Hamzani dari Yaman memeluk islam dalam satu hari. mereka solat dibelakang Saidina
Ali yang diberi tanggungjawab oleh Rasulullah S.A.W.
9 Ramadhan 16 Hijrah
- Kemenangan islam dalam peperangan Al Qodisiyyah yang dipimpin oleh Saad bin Abi
Waqos.tentera islam seramai 10000 orang, tentera parsi 120000 orang.
9 Ramadhan 39 Hijrah
- Kemenangan islam dan pembukaan kepulauan Rodos,berdekatan Itali.
9 Ramadhan 91 Hijrah
- Kemenangan islam di bawah pimpinan Thoriq bin Zaid ke atas raja Rudrik di Sepanyol.
9 Ramadhan 361 Hijrah
- Sempurnanya pembinaan jamiah Al Azhar.
9 Ramadhan 549 Hijrah
- Islam mendapat semula sebahagian daripada Sofad(satu kawasan di palestin) dari tentera
Salibiyyah di bawah pimpinan Solahuddin Al Ayyubi.
9 Ramadhan 559 Hijrah
- Tentera islam di bawah pimpinan Nuruddin Az Zanki mendapat kembali negara Harim,barat
Halab di Syria daripada tentera Salibiyyah.
10 Ramadhan 8 Hijrah
- Pembukaan kota Mekah.
10 Ramadhan 1393 Hijrah
- Kemenangan islam ke atas Zionis dalam perang 6 Oktober yang melibatkan negara Mesir.
11 Ramadhan 14 Hijrah
- Kemenangan islam ke atas Parsi dalam perang buih di Iraq,Parsi diketuai oleh Panglima
Mahran.
12 Ramadhab 32 Hijrah
- Saidina Al Abbas bin Abdul Mutalib meninggal dunia.
13 Ramadhab 9 Hijrah
- Kedatangan utusan dari Himyar,Thaif dan Yaman.Rasulullah telah memuliakan
mereka,akhirnya mereka telah memeluk islam.
14 Ramadhan 666 Hijrah
- Kemenangan islam di bawah panglima Zahir Bibras dan berjaya membuka kota Antokiyyah di
Sham.
15 Ramadhan 3 Hijrah
- Kelahiran Saidina Hassan bin Ali.
17 Ramadhan 2 Hijrah
- Kemenangan islam dalam Gazwah Badar Kubra. teguhnya negara islam Madinah.
17 Ramadhan 40 Hijrah
- Pengkhianatan dan pencerobohan Khawarij terhadap Amirul Mukminin Saidina Ali bin Abi
Talib di Mihraj Masjid Kuffah.
17 Ramadhan 58 Hijrah
- Ummul Mukminin Saidatina Aisyah bin Abu Bakar As Siddiq wafat.
18 Ramadhan 52 Hijrah
- Mangkatnya Saifullah Al Maslul Khalid Al Walid di Hims.
19 Ramadhan 223 Hijrah
- Al Muktasim menyahut pertolongan muslimat yang telah dibuka auratnya oleh golongan kuffar
di Ammurah,Turki.
21 Ramadhan 584 Hijrah
- Pembebasan Sham/Syria daripada Salibiyyah.
22 Ramadhan 6 Hijrah
- Sempurnanya pengutusan pasukan sarayya (pengintip) Zaid bin Harith ke Ummu Qurnah.
22 Ramadhan 648 Hijrah
- Kemenangan islam di bawah pimpinan Solahuddin Al Ayyubi dengan merampas kembali Baitul
Maqdis dan mengusir tentera Salibiyyah.
23 Ramadhan 62 Hijrah
- Kemenangan kerajaan islam Hamdaniyyah ke atas tentera tentera Baizantiniyyah di Halab.
24 Ramadhan 58 Hijrah
- Kemenangan islam di bawah pimpinan Al Muzaffar Saifuddin Qutus dalam peperangan dengan
Monggol di bawah pimpinan Hulago.Peperangan ini berlaku di Ain Jalut,Palestin.
25 Ramadhan 8 hijrah
- Hari kehancuran berhala-berhala di Mekah. Khalid Al Walid menghancurkan berhala Al
Uzza,Amru Al As menghancurkan berhala Suwa', Saad bin zaid Al Asyhali memusnahkan
berhala Manat.
25 Ramadhab 179 Hijrah
- Kemenangan Islam di Yaumul Zulaqoh di Andalus atau Sepanyol.
26 Ramadhan 927 Hijrah
- Kemenangan islam di bawah pimpinan Panglima Othmani Murad dan pembukaan Bandar
Balgred di Serbia.
27 Ramadhan 13 Hijrah
- Penurunan wahyu pertama kepada baginda Rasulullah di Gua Hira'.
28 Ramadhan 92 Hijrah
- Perluasan negara Islam di Andalus.
29 Ramadhan 2 Hijrah
- Kewajipan zakat ke atas umat islam.
30 Ramadhan 94 Hijrah
- Kemenangan tentera islam di bawah Panglima Musa bin Nusair dan pembukaan kota Mardah
serta kepungan ke atas Salibiyyah.

Buat muhasabah diri..

Aku dan hidupku, bagai landasan yang bercabang tak tahu hujungnya..arah tuju perjalanan tiada kompas yang memandu,terang gelapnya hanya kata hati dituruti..terasa sesak dan lemas..yang ada hanya aku dan duri yang tidak lekang memerhati, sakit pedih aku yang tahu,meraung aku menahan hanya hati yang mengerti, mereka disekeliling sekadar melemparkan pandangan bersama segumpal tanggapan, baik buruk andaian itu bergantung pada benih pemikiran dan pantulan naluri..aku bukan pendeta, atau penghujah seperti Imam ghazali...bijak membetah dan menegakkan fakta..sekadar mengakui kelemahan dan membicarakan kebenaran dengan suatu ketidakpastian..yang menjalari akal hanya kekeliruan dan kelekaan..

Hati ini yang terlalu lurus, sering diperkotakatikkan musuh sendiri...ditepis godaan hari ini, dihentam lagi segunung hasutan pada hari mendatang...terlalu penat...penat melayani nafsu yang membuang jauh erti dosa...melihat mereka yang mengangkat diri dengan angkuh, melihat saudara pun hanya sebelah mata..hebat sangat ke kekufuran yang diperlihatkan itu???segalanya ternoda...ikatan yang acapkali diseru suara cahaya endah tak endah dalam genggaman...nak saja dilepaskan mereka..hmm aku yang menghitung dosa, terpaksa merangkak dikhalayak manusia yang bercabang lidah dan imannya...adakala hampir dipijak..terkadang tu pun disepak...entah la...ulasan pendeta memang munasabah...setiap diantara aku dan mereka, punyai panduan yang sama tapi haluan yang berbeza...namun setiap antara aku dan merekalah terikat pada satu perjanjian yang tiada peluang untuk diputuskan, menyusuri satu destinasi yang sama....cuma sedar tak sedar tentang itu..tapi...sekadar aku mengingatkan diri ini, segalanya telah tertulis pada kalam hidup, aku dan mereka bukan penggubalnya, Yang memberi nafas itu menjadi raja, memerintah kerajaan ini bukti kuasaNya......

Cube Try Test

Hidup ni indah...itu hakikatnya..tapi kata putus kita yang buatkan hidup ini adakala seperti telur dihujung tanduk...sering tersilap langkah dalam memilih diantara yang hak dan yang sia-sia...
dalam zaman serba maju ni..dengan pelbagai kecanggihan dan kehebatan yang tercipta, masing-masing sibuk mengejar kebendaan..yang tertinggal itu dianggap malang dan tidak berkemampuan mencari hidup...yang berjaya peroleh kemewahan dan kuasa pula, menggelarkan diri mereka bahawa mereka adalah pemain yang terbaik dan terhebat dalam dunia kebendaan...diangkat nama dengan wang dan darjat...mungkin itulah erti hidup bagi mereka...kepentingan yang mesti dimiliki disini untuk mencapai kebahagiaan dihadapan...
Sebenarnya mereka silap.. hidup yang sempurna tidak dapat dibeli dengan kemewahan,hidup yang bermakna tidak mampu ditukar ganti dengan darjat dan pangkat...dan...disini aku berdiri, melihat ragam mereka yang berlumba-lumba memburu keinginan masing-masing....apa saja mampu dilakukan demi sesuatu yang nilainya lebih rendah daripada jiwa yang penuh dengan kehambaan...pelik...pelik dengan cara mereka memenuhi ruang hidup yang singkat ni...setiap antara kita telah diberi satu alat timbangan(dacing) dimana dikiri timbangan itu duniawi dan dikanannya pula ukhrawwi...sukatan itu akan dilakukan di alam perhitungan sama ada timbangan kiri lebih besar atau timbangan kanan yang lebih banyak.....atau mungkin sukatan itu dikhabarkan seimbang keduanya....dalam situasi mereka tadi...mungkin kelebihan sukatan itu dikiri timbangan..dan ini suatu perkhabaran yang binasa...kerana kegagalan mereka dalam mengimbangi dua dunia yang berlainan manfaat..memang benar,dunia nyata ini juga ciptaan Dia..dunia disana juga dariNya.. tapi tidakkah direnungkan hikmah disebalik kejadian kedua-duanya??diturunkan kita disini bukan untuk mencari kebendaan semata,bukan juga untuk hanya menyandang pangkat dan kuasa...
Alam nyata ini suatu amanah!tanggungjawab bagi setiap insan yang bergelar manusia...memakmur dan memelihara, disini juga menjadi tempat bagi kita untuk mencari bekalan ke sana,bukanlah satu kesalahan jika ingin memenuhi keperluan hidup yang memang disyariatkan...biarlah berpada-pada...usah terlalu leka mencari dan mengejar kebendaan hingga pedoman Tuhan dijadikan urusan kedua...terlalu sukar bagi aku untuk menyampaikan amaran Tuhan...kerna ia suatu yang berat..perjuangan tidak semestinya tiada kekalahan...dan aku hanyalah seorang yang sering khilaf...dan ketabahanku tidaklah sekuat kekasih..hanya harapan dalam doa yang mungkin mampu aku mengadu padaNya...moga diberi peringatan kepada saudara-saudaraku yang leka..tapi,suatu kenikmatan yang aku paling hargai sepanjang hidup,suatu penganugerahan yang jarang dimiliki oleh sesetengah manusia...aku diberi suatu kesedaran..aku diberisuatu pandangan dariNya...keinsafan yang lahir pada diri ini dalam usia yang muda...subhanallah..Maha Agung Tuhan yang merubah kalbu..diperingatkan segala amaran dan azab kejahilan agama..dimatangkan akal yang sentiasa menjadi penggerak perbuatan supaya fasih tentang kejadianNya...diletakkan pada jiwa ini satu nama yang memperlihatkan aku diantara yang nyata dan dusta...Maha Suci Allah...tidak dapat dibalas segalanya walau sebesar zarah..hanya syukur dapat diungkap tiap ketika...Kau memelihara aku dimana mereka yang seusiaku hanya memikirkan kebebasan dan keseronokan...
Aku berterima kasih pada segala yang Kau berikan...alangkah indahnya jika mereka turut memiliki sepertimana yang aku miliki...mudah-mudahan akan timbul keinsafan pada diri yang terleka...sesungguhnya Kau yang berhak untuk memberi kepada sesiapa saja yang Kau kehendaki...hidup ini penuh keajaiban...ketentuan terletak ditangan Tuhan...apa yang mampu kita laksana, hanya doa dan usaha, adakala tawakal kita hasilnya tidak seindah bayangan..tapi usah kesal...bukanlah dia seorang manusia jika tidak dilanda dugaan, redha atas segalanya..pasrahkan hati..setiap yang hadir, terdapat butir hikmah yang tersembunyi...usah terlalu sombong..sujudlah memohon...sesungguhnya Dia Maha Mendengar segala luahan kamu...setitis air matamu mengalir keranaNya..seribu keampunan dihadiahkan untukmu...Subhanallah..masihkah tidak kamu menyedarinya??