BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, August 22, 2009

Cube Try Test

Hidup ni indah...itu hakikatnya..tapi kata putus kita yang buatkan hidup ini adakala seperti telur dihujung tanduk...sering tersilap langkah dalam memilih diantara yang hak dan yang sia-sia...
dalam zaman serba maju ni..dengan pelbagai kecanggihan dan kehebatan yang tercipta, masing-masing sibuk mengejar kebendaan..yang tertinggal itu dianggap malang dan tidak berkemampuan mencari hidup...yang berjaya peroleh kemewahan dan kuasa pula, menggelarkan diri mereka bahawa mereka adalah pemain yang terbaik dan terhebat dalam dunia kebendaan...diangkat nama dengan wang dan darjat...mungkin itulah erti hidup bagi mereka...kepentingan yang mesti dimiliki disini untuk mencapai kebahagiaan dihadapan...
Sebenarnya mereka silap.. hidup yang sempurna tidak dapat dibeli dengan kemewahan,hidup yang bermakna tidak mampu ditukar ganti dengan darjat dan pangkat...dan...disini aku berdiri, melihat ragam mereka yang berlumba-lumba memburu keinginan masing-masing....apa saja mampu dilakukan demi sesuatu yang nilainya lebih rendah daripada jiwa yang penuh dengan kehambaan...pelik...pelik dengan cara mereka memenuhi ruang hidup yang singkat ni...setiap antara kita telah diberi satu alat timbangan(dacing) dimana dikiri timbangan itu duniawi dan dikanannya pula ukhrawwi...sukatan itu akan dilakukan di alam perhitungan sama ada timbangan kiri lebih besar atau timbangan kanan yang lebih banyak.....atau mungkin sukatan itu dikhabarkan seimbang keduanya....dalam situasi mereka tadi...mungkin kelebihan sukatan itu dikiri timbangan..dan ini suatu perkhabaran yang binasa...kerana kegagalan mereka dalam mengimbangi dua dunia yang berlainan manfaat..memang benar,dunia nyata ini juga ciptaan Dia..dunia disana juga dariNya.. tapi tidakkah direnungkan hikmah disebalik kejadian kedua-duanya??diturunkan kita disini bukan untuk mencari kebendaan semata,bukan juga untuk hanya menyandang pangkat dan kuasa...
Alam nyata ini suatu amanah!tanggungjawab bagi setiap insan yang bergelar manusia...memakmur dan memelihara, disini juga menjadi tempat bagi kita untuk mencari bekalan ke sana,bukanlah satu kesalahan jika ingin memenuhi keperluan hidup yang memang disyariatkan...biarlah berpada-pada...usah terlalu leka mencari dan mengejar kebendaan hingga pedoman Tuhan dijadikan urusan kedua...terlalu sukar bagi aku untuk menyampaikan amaran Tuhan...kerna ia suatu yang berat..perjuangan tidak semestinya tiada kekalahan...dan aku hanyalah seorang yang sering khilaf...dan ketabahanku tidaklah sekuat kekasih..hanya harapan dalam doa yang mungkin mampu aku mengadu padaNya...moga diberi peringatan kepada saudara-saudaraku yang leka..tapi,suatu kenikmatan yang aku paling hargai sepanjang hidup,suatu penganugerahan yang jarang dimiliki oleh sesetengah manusia...aku diberi suatu kesedaran..aku diberisuatu pandangan dariNya...keinsafan yang lahir pada diri ini dalam usia yang muda...subhanallah..Maha Agung Tuhan yang merubah kalbu..diperingatkan segala amaran dan azab kejahilan agama..dimatangkan akal yang sentiasa menjadi penggerak perbuatan supaya fasih tentang kejadianNya...diletakkan pada jiwa ini satu nama yang memperlihatkan aku diantara yang nyata dan dusta...Maha Suci Allah...tidak dapat dibalas segalanya walau sebesar zarah..hanya syukur dapat diungkap tiap ketika...Kau memelihara aku dimana mereka yang seusiaku hanya memikirkan kebebasan dan keseronokan...
Aku berterima kasih pada segala yang Kau berikan...alangkah indahnya jika mereka turut memiliki sepertimana yang aku miliki...mudah-mudahan akan timbul keinsafan pada diri yang terleka...sesungguhnya Kau yang berhak untuk memberi kepada sesiapa saja yang Kau kehendaki...hidup ini penuh keajaiban...ketentuan terletak ditangan Tuhan...apa yang mampu kita laksana, hanya doa dan usaha, adakala tawakal kita hasilnya tidak seindah bayangan..tapi usah kesal...bukanlah dia seorang manusia jika tidak dilanda dugaan, redha atas segalanya..pasrahkan hati..setiap yang hadir, terdapat butir hikmah yang tersembunyi...usah terlalu sombong..sujudlah memohon...sesungguhnya Dia Maha Mendengar segala luahan kamu...setitis air matamu mengalir keranaNya..seribu keampunan dihadiahkan untukmu...Subhanallah..masihkah tidak kamu menyedarinya??

0 comments: